Followers

Wednesday, February 11, 2009

Siti Nurhaliza bakal berlakon filem


zubir@bharian.com.my

Siti Nurhaliza

KRU Studios dikatakan berjaya pujuk penyanyi nombor satu beraksi di layar perak

DALAM kesibukan umat Islam masih meraikan Aidilfitri, teropong Zubir mendapat maklumat terbaru, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal bergelar pelakon filem menjelang 2009! Sebelum ini Zubir pernah diberitahu, desas-desus Siti bakal membintangi drama bersiri terbaru, Spa Q 2 yang bakal menjalani penggambaran sedikit masa lagi. Khabarnya Siti sudah hampir pasti berlakon dalam drama itu.

Angin yang bertiup kencang ke telinga Zubir memberitahu syarikat filem yang berjaya memujuk Siti menerima tawaran mereka ialah KRU Studios! Desas-desus juga menyebut menjelang tahun depan, KRU Studios akan menerbitkan satu filem bergenre fantasi muzikal, ala-ala Alice In Wonderland. Wow! Kalau ia jadi kenyataan, bolehlah bikin box-office gambar itu, Siti berlakon tu!

Pun begitu, Siti bukanlah ditawarkan sebagai watak utama, tapi sebagai watak penampilan khas dan terbabit untuk beberapa babak saja. Khabarnya, selain Siti, penyanyi kening lentik yang sudah lama tidak muncul di layar perak, Ziana Zain turut berlakon! Sekiranya Ziana menerima tawaran itu, dia diberikan watak sebagai nenek kebayan, tapi versi cantik! Fuyoo... pasti peminat Kak Ziana tak sabar nak tengok nenek kebayan bertubuh meletup!

Ziana Zain

Selain Siti dan Ziana Zain, KRU Studios juga dikatakan mahu mengekalkan ‘duyung cantik’ mereka, Maya Karin untuk sama-sama memeriahkan filem fantasi berkenaan. Zubir dapat perkhabaran, sekali lagi syarikat filem itu berjaya mendapatkan khidmat bakal pengantin baru, Raja SMS, Mawi untuk turut berlakon. Wow, semuanya nama hebat. Jika KRU Studios mampu merealisasikan perancangan mereka kali ini, pasti filem berkenaan bakal menempa sejarah baru dari segi kutipan tiket!

Tak lama lagi KRU Studios akan tampil dengan filem sekuel mereka, CicakMan2: Planet Hitam, diikuti Jin Notti, kemudian filem fantasi muzikal ini. Nampaknya, KRU Studios pukul habis! Bagi Zubir, ini satu petanda baru industri perfileman negara kita mampu memberi saingan kepada filem Barat apabila menjengah di pawagam nanti.

Lupa Zubir nak beritahu di sini, selepas diteropong, Zubir mendapat tahu, pengarah yang diberi tanggung jawab menggalas tugas berat menghasilkan filem fantasi muzikal ini ialah Edry Abdul Halim! Apabila menjadi kenyataan, nampaknya Edry kini sudah berjaya melangkah ke fasa baru, dunia pengarahan filem pula selepas dikenali sebagai komposer dan penulis lirik yang hebat!

Pastinya karya muzik Edry untuk Alice In Wonderland versi KRU, ‘terbaaboo’! Apabila dia sendiri yang mengarahkan filem berkenaan, pastinya ‘Jin Box-Office’ akan mengilai di pawagam tak lama lagi!

ZUBIR: Geli hati apabila dapat tahu ada seorang penyanyi dan pelakon cantik tak suka pakai seluar ketika keluar rumah!

1 comment:

Unknown said...

"blog anda di tag!! sila jawab.. untuk information bkak blog sy!! hehehe"